Huh

11 07 2006

Mufti Perak dakwa 100,000 umat Islam Malaysia murtad

Jul 8, 06 6:16pm

Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria mendakwa kira-kira 100,000 orang Islam di negara termasuk seorang yang bergelar ‘ustazah’ telah murtad.

Menurutnya, angka mengenai murtad itu diperolehi dari kajian sekumpulan  profesional dan intelektual Melayu yang menjalankan kajian mengenai masalah itu pada tahun lepas.

“Terdapat seorang wanita bergelar “ustazah” turut mengetuai kumpulan ribuan mereka yang murtad ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar “Dasar Aparteid Terhadap Wanita Islam di Malaysia: Satu Penilaian” di Kuala Lumpur hari ini.

Pendedahan Harussani mengenai penyelewengan akidah umat Islam di negara ini adalah yang kedua minggu ini selepas mendakwa masyarakat Melayu membelanjakan RM1 bilion setahun untuk minum arak dan RM3 bilion lagi untuk berjudi.

Menurut laporan Bernama, Harussani berkata kumpulan murtad itu turut cuba mendapatkan perhatian daripada beberapa pihak di Amerika Syarikat dengan mendakwa mereka ditindas oleh umat Islam di Malaysia kerana menukar agama.Read rest link

/apa la nak jadi kat Malaysia nie.huh.kekurangan ajar betol kat diorang nie.isk..moga mereka yang murtad tuh dapat hidayah Allah untuk kembali ke jalan yang benar./


Actions

Information

Leave a comment